RM 200? RM 300 atau lebih? Jom kita buat kiraan mudah
simpanan kita untuk beberapa tahun.
Bank
RM 200 x 12 bulan = RM 2,400 (setahun)
10 tahun x RM 2,400 = RM 24,000
20 tahun x RM 2,400 = RM 48,000
|
Dalam masa 20 tahun anda sudah ada wang sebanyak RM 48,000 +
% keuntungan , dengan syarat anda konsisten dan tidak mengeluarkan simpanan
anda. Bila duit anda sudah banyak,sudah tentu anda sudah ada perancangan untuk
menggunakan duit tersebut. Mungkin pergi umrah atau haji, mungkin melancong,
renovated rumah, kahwinkan anak dan lain-lain.
Tetapi pernahkah kita terfikir, berlaku sesuatu yang di luar
jangkaan kita. “Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari”
Perkara yang kebanyakan kita tak suka adalah sakit, kemalangan dan kematian.
Tetapi ketiga-tiga perkara ini kita tak pasti bila akan berlaku ke atas
kita.Semua orang akan sakit bila sampai masanya, begitu juga dengan
kematian. Persoalannya, apakah langkah atau usaha kita, sebagai persedian
menghadapi perkara-perkara seperti ini? Kata orang, “Sediakan payung sebelum
hujan”
Sebagai contoh: Kita ditakdirkan Allah (mohon Allah pelihara
kita daripadanya) diuji dengan penyakit jantung. Kalau kita perhatikan pun
penyakit inilah juga yang menjadi antara penyumbang terbesar sebab kematian
khususnya dalam masyarakat kita. Mana tidaknya, cuba kita perhatikan pemakanan
dan gaya hidup kita. Kolestrol tinggi dan kita tidak punya masa untuk bersenam.
Baik, andaikan tanpa disangka-sangka kita diberitahu doctor kita ada masalah
jantung. Dan kos rawatan untuk jantung adalah RM100,000. Ya RM 100,000. Kita
perlukan segera. Bagaimana kita ingin dapatkan wang sebanyak itu dengan kadar
yang segera? Simpanan yang kita kumpul selama 20 tahun ada sebanyak RM 48,000.
Ada baki lagi RM 50,000. Kita terpaksa melupakan hasrat kita untuk menikmati
wang simpanan kita.Untuk baki RM50,000 kita ada beberapa pilihan talian hayat.
![]()
1.Gadai/jual harta yang ada,rumah,kereta,emas dan lain-lain
Masalah : Prosesnya lambat
|
![]()
2. Pinjaman
i.Keluarga terdekat-rasa-rasa kita ada atau tidak orang yang sanggup
berikan terus RM50,000 kepada kita? Kita penat-penat kumpul RM48,000 selama
20 tahun,kemudian kita nak berikan kepada orang lain.Mungkin ada yang akan
bersimpati,dan memberikan RM 1,000 atau RM 2,000. Bakinya?
ii. Bank-Bank akan melihat kemampuan kita untuk membayar semula
pembiayaan tersebut
iii. Along? –Bukan pilihan yang bijak
|
![]()
3. Minta Derma
i.Bersamamu TV3-
Lambat,ramai orang susah yang nak masuk bersamamu.Bukan kita
seorang.Dan tidak pasti berapa jumlah sumbangan orang akan bagi.Biasanya kita
sebagai penonton hanya bersimpati sahaja,dan menyumbangkan airmata sahaja.
ii.Zakat-Tertakluk kepada had kifayah, ada had pembiayaan, dan beberapa
proses yang perlu dilalui
|
Dalam situasi ini,perancangan persaraan kita di kira gagal. Wang
simpanan kita habis,asset-aset terpaksa dijual, hutang bertambah dan pendapatan
kita terpaksa dihabiskan untuk belanja ubat dan kos perubatan. Itu yang saya
maksudkan, bagaimana pentingnya 10% daripada pendapatan, kita peruntukkan untuk
perlindungan supaya kita dapat selamatkan simpanan dan pendapatan kita. Klik
sini.
Sekarang saya tunjukkan bagaimana orang bijak mengatasi
masalah ini.
Menyimpan dan Melindungi di Takaful (PruBSN TakafulLink)
RM200 x 12bulan = RM2,400
10 tahun = RM 24,000
20 tahun = RM 48,000
Jumlah yang anda peruntukkan untuk takaful selama 20 tahun adalah RM
48,000. Kebiasaannya selepas 20 tahun anda tidak akan dapat 100% yang anda
carum setiap bulan,tetapi anda boleh dapat 80% daripada jumlah yang anda
telah carum. Iaitu sebanyak RM 38,400.
Bukan itu sahaja, sepanjang anda menyimpan, anda memiliki beberapa
kelebihan
1.Pampasan kematian – RM100,000 (contoh)
2.Pampasan penyakit kritikal –RM 100,000
3.Kad Perubatan (Medical Card) - Selesaikan Kos-kos Rawatan
- Maksimum coverage RM 4juta
4.Pampasan Kemalangan/ Cacat Kekal
5.Waiver – FOC (tidak perlu membayar premium lagi) sekiranya sakit
kritikal.
6. Saving boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan meninggalkan baki
RM1,000.
|
Dengan cara ini, sekiranya berlaku situasi seperti yang tidak
dijangka, kita dapat selamatkan simpanan kita,kita tidak perlu meminta-minta
dan menyusahkan pihak lain,kita tak perlu menjual asset kita atau keluarga kita.
Sebab itu Nabi s.a.w pesan kepada kita,
Dari Ibnu ‘Abbas r.a,Rasulullah s.a.w bersabda,
Manfaatkan lima perkara sebelum datang lima perkara:
1. waktu mudamu sebelum datang tuamu
2. waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu
3. masa kayamu sebelum datang waktu fakirmu
4. waktu lapangmu sebelum datang waktu sibukmu
5. waktu hidupmu sebelum datang kematianmu
-hadis sohih-
Ingin tahu dengan lebih lanjut atau berminat, boleh hubungi ejen takaful anda,
Abdul Razak Abdul Talib | 019-2688503 | razaktakaful@gmail.com | FB: Ajaq Qahiri