RANCANG DAN URUS WANG


Assalamualaikum w.b.t

Bila kita sembang bab perancangan dan pengurusan kewangan, mesti ada di kalangan kita akan lari daripada membicarakan isu ini, atau menganggapnya suatu perkara yang tidak penting.Mereka berpegang dengan prinsip "Biar papa asal bergaya".Kesudahannya mereka sentiasa berada di dalam kepapaan kerana dari awal lagi mereka sudah set mindanya dengan perkataan "papa".
Ajak ucapkan tahniah kpd anda semua kerana memilih untuk mengambil tahu maklumat berkaitan dengan pengurusan kewangan.

Kenapa ianya penting?

Anda pernah baca atau terdengar mengenai ramai golongan muda yang sudah diisytihar muflis?Rasa-rasanya apa puncanya?Mungkin anda sudah boleh mengagak jawapannya.Jawapannya adalah sikap.Sikap tak ambil peduli.

Baik,sebenarnya inilah rahsia kalau kita memilih untuk menjadi kaya.Kita perlu bijak menguruskan kewangan kita.Perlu membahagi-bahagikan pendapatan kita agar tidak dibelanjakan semua.Kalau anda bergaji RM10,000 sebulan sekalipun, sekiranya anda gagal menguruskan kewangan anda dengan baik, anda akan dapati diri anda serba tidak cukup.Hujung bulan,pinjam duit kawan yang kadang-kadang gajinya jauh lebih rendah daripada kita.

Bagaimana nak urus duit?







Contohnya : Gaji sebulan RM3,000.

1. 60 %. Jumlah perbelanjaan anda perlu dipastikan tidak melebihi RM1,800.Maknanya bayaran untuk rumah,bil api dan air,kenderaan,belanja makan, minum, pakaian dan lain-lain tidak melebihi RM1,800.Kene disiplin dan berbelanja ikut kemampuan.Bukan ikut NAFSU. Sekiranya anda jenis yang sering tewas dengan NAFSU elakkan menggunakan kredit kad.Pakai sahaja Debit Kad.

2. 30%

Kemudian RM 900 diperuntukkan untuk disimpan dan dilaburkan.Kalau nak kira termasuk dengan KWSP pun terpulang.Sebab KWSP bermaksud Kumpul Wang Secara Paksa. Sebab kalau tak paksa memang tak kumpul.Untuk pelaburan ni bermacam-macam jenis pelaburan ada,sama ada dilabur di saham,bank dan lain-lain.(Nasihat saya simpan dan laburkan di pelaburan-pelaburan yang diyakini patuh shariah sahaja)
Cuba anda kira kalau anda simpan sebanyak RM 500 sebulan (lepas tolak KWSP), setahun anda dapat mengumpul sebanyak RM 6,000.Dengan kadar pulangan contohnya 10% anda boleh memperolehi lebih kurang RM6600. Dan dalam tempoh 10 tahun sudah ada lebih daripada RM 60,000. Ianya memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi.
"Kata orang bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian"

3. 10%

Pada saya ini adalah yang paling penting, tapi ramai yang masih belum mengambil peduli mengenainya.Peruntukan untuk perlindungan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan  seperti kemalangan,penyakit-penyakit kritikal,dan kematian.Semuanya akan memberi kesan kepada kewangan kita ketika itu.Contoh, sekiranya kita diserang penyakit jantung (mohon Allah pelihara daripadanya) kos pembedahan atau rawatan biasanya agak tinggi.Jadi,dari mana sumber kewangan untuk kita gunakan bagi membiayai kos tersebut? Sekiranya kita tidak memperuntukan lebih kurang 10% ini dengan mengambil pelan perlindungan takaful,kita akan mengorbankan simpanan kita yang bertahun-tahun kita kumpul 30% daripada pendapatan kita, dan juga mungkin pendapatan kita habis untuk membiayai kos rawatan.

Mungkin ada yang kata "Em,nasib baik aku dah ambil insurans/takaful,bayar setahun RM100 je".Bagus. Cuma Ajak sarankan supaya kawan-kawan tengok semula polisi,apa yang di'cover' dan yang tidak.Adakah ia benar-benar mencukupi keperluan kita.Produk takaful ada macam-macam.Yang terbaik perlu ada ciri-ciri berikut.

1.Patuh Shariah-Bukan Insurans Konvensional
2.Flexible- Boleh ubah
3.Returnable - Ada simpanan dan pelaburan
4.Comprehensive - Menyeluruh seperti ada pampasan kematian,medical card,elaun, simpanan dan lain-lain.

Ingin tahu dengan lebih lanjut atau berminat, boleh hubungi ejen takaful anda,
         
Abdul Razak Abdul Talib | 019-2688503 | razaktakaful@gmail.com | FB: Ajaq Qahiri 

MENGAPA TAKAFUL PRU-BSN

PELAN TAKAFUL 3 DALAM 1

1. PERUBATAN

2. SIMPANAN

3. PERLINDUNGAN


Ingin tahu dengan lebih lanjut atau berminat, boleh hubungi ejen takaful anda,
         
Abdul Razak Abdul Talib | 019-2688503 | razaktakaful@gmail.com | FB: Ajaq Qahiri