Assalamualaikum w.b.t
Bila kita sembang bab perancangan dan pengurusan kewangan,
mesti ada di kalangan kita akan lari daripada membicarakan isu ini, atau
menganggapnya suatu perkara yang tidak penting.Mereka berpegang dengan prinsip
"Biar papa asal bergaya".Kesudahannya mereka sentiasa berada di dalam
kepapaan kerana dari awal lagi mereka sudah set mindanya dengan perkataan
"papa".
Ajak ucapkan tahniah kpd anda semua kerana memilih untuk
mengambil tahu maklumat berkaitan dengan pengurusan kewangan.
Kenapa ianya penting?
Anda pernah baca atau terdengar mengenai ramai golongan muda
yang sudah diisytihar muflis?Rasa-rasanya apa puncanya?Mungkin anda sudah boleh
mengagak jawapannya.Jawapannya adalah sikap.Sikap tak ambil peduli.
Baik,sebenarnya inilah rahsia kalau kita memilih untuk
menjadi kaya.Kita perlu bijak menguruskan kewangan kita.Perlu
membahagi-bahagikan pendapatan kita agar tidak dibelanjakan semua.Kalau anda
bergaji RM10,000 sebulan sekalipun, sekiranya anda gagal menguruskan kewangan
anda dengan baik, anda akan dapati diri anda serba tidak cukup.Hujung
bulan,pinjam duit kawan yang kadang-kadang gajinya jauh lebih rendah daripada
kita.
Bagaimana nak urus duit?
Contohnya : Gaji sebulan RM3,000.
1. 60 %. Jumlah perbelanjaan anda
perlu dipastikan tidak melebihi RM1,800.Maknanya bayaran untuk rumah,bil api
dan air,kenderaan,belanja makan, minum, pakaian dan lain-lain tidak melebihi
RM1,800.Kene disiplin dan berbelanja ikut kemampuan.Bukan ikut NAFSU. Sekiranya
anda jenis yang sering tewas dengan NAFSU elakkan menggunakan kredit kad.Pakai
sahaja Debit Kad.
2. 30%
Kemudian RM 900 diperuntukkan
untuk disimpan dan dilaburkan.Kalau nak kira termasuk dengan KWSP pun
terpulang.Sebab KWSP bermaksud Kumpul Wang Secara Paksa. Sebab kalau tak paksa
memang tak kumpul.Untuk pelaburan ni bermacam-macam jenis pelaburan ada,sama
ada dilabur di saham,bank dan lain-lain.(Nasihat saya simpan dan laburkan di
pelaburan-pelaburan yang diyakini patuh shariah sahaja)
Cuba anda kira kalau anda simpan
sebanyak RM 500 sebulan (lepas tolak KWSP), setahun anda dapat mengumpul
sebanyak RM 6,000.Dengan kadar pulangan contohnya 10% anda boleh memperolehi
lebih kurang RM6600. Dan dalam tempoh 10 tahun sudah ada lebih daripada RM
60,000. Ianya memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi.
"Kata orang bersusah-susah
dahulu,bersenang-senang kemudian"
3. 10%
Pada saya ini adalah yang paling
penting, tapi ramai yang masih belum mengambil peduli mengenainya.Peruntukan
untuk perlindungan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti kemalangan,penyakit-penyakit
kritikal,dan kematian.Semuanya akan memberi kesan kepada kewangan kita ketika
itu.Contoh, sekiranya kita diserang penyakit jantung (mohon Allah pelihara
daripadanya) kos pembedahan atau rawatan biasanya agak tinggi.Jadi,dari mana
sumber kewangan untuk kita gunakan bagi membiayai kos tersebut? Sekiranya kita
tidak memperuntukan lebih kurang 10% ini dengan mengambil pelan perlindungan
takaful,kita akan mengorbankan simpanan kita yang bertahun-tahun kita kumpul
30% daripada pendapatan kita, dan juga mungkin pendapatan kita habis untuk
membiayai kos rawatan.
Mungkin ada yang kata
"Em,nasib baik aku dah ambil insurans/takaful,bayar setahun RM100
je".Bagus. Cuma Ajak sarankan supaya kawan-kawan tengok semula polisi,apa
yang di'cover' dan yang tidak.Adakah ia benar-benar mencukupi keperluan
kita.Produk takaful ada macam-macam.Yang terbaik perlu ada ciri-ciri berikut.
1.Patuh
Shariah-Bukan Insurans Konvensional
2.Flexible-
Boleh ubah
3.Returnable
- Ada simpanan dan pelaburan
4.Comprehensive
- Menyeluruh seperti ada pampasan kematian,medical card,elaun, simpanan dan
lain-lain.
Ingin tahu dengan lebih lanjut atau berminat, boleh hubungi ejen takaful anda,
Abdul Razak Abdul Talib | 019-2688503 | razaktakaful@gmail.com | FB: Ajaq Qahiri